Categories: Halal Travel

10 Kudapan Halal Travel Yang Sihat & Sedap, Mudah Dibawa Dalam Beg

Bila merancang perjalanan jauh, perkara utama yang sering jadi cabaran ialah makanan. Bagi Muslim, mencari kudapan halal travel yang sihat, ringkas, dan mudah dibawa sangat penting supaya perjalanan lebih tenang tanpa risau soal halal.

Kali ini, MyResipi kongsikan 10 pilihan kudapan halal travel yang praktikal, sedap dan sesuai dijadikan teman perjalanan jauh anda.

Baca juga: Nak Cuti Tenang & Senang Cari Makanan Halal? Ini 6 Destinasi Travel Mesra Muslim Pilihan Ramai

JOM SEMAK PILIHAN KUDAPAN HALAL TRAVEL

1. Roti berserta sapuan kaya atau mentega kacang

Kredit foto: Gardenia

Roti gardenia atau roti wholemeal memang pilihan paling praktikal dijadikan kudapan halal travel. Ringan, tak cepat basi dan mudah dibawa.

Bila disapu dengan kaya, jem buah-buahan atau mentega kacang, ia terus jadi alas perut yang ringkas tapi mengenyangkan.

Tip: Potong roti siap-siap jadi segi empat kecil atau gulung supaya lebih senang dimakan dalam kereta/kapal terbang.


2. Sandwic telur / ayam mayonis

Sandwic memang sinonim dengan bekal perjalanan. Sediakan malam sebelumnya dengan inti telur rebus hancur, tuna, atau ayam mayonis.

Bungkus dalam cling wrap atau simpan dalam bekas kedap udara. Ia sesuai sebagai sarapan ringkas atau snek tengah hari bila perut mula berbunyi.

Tip: Gunakan roti wholemeal atau roti gandum penuh untuk kenyang lebih lama. Kurangkan mayonis supaya tak cepat basi.

3. Kudapan Halal Travel: Biskut Marie / Crackers

Kredit foto: Home Made Cake by Ani-Sha’s

Biskut jenis kering seperti Marie atau cream crackers sangat praktikal. Ia tahan lama, tidak bersepah dan boleh dimakan begitu sahaja.

Sesuai untuk anak-anak yang lapar cepat atau orang dewasa yang perlukan kudapan ringan.

Tip: Padankan dengan kepingan keju atau sapuan mentega kacang untuk menjadikan ia lebih sedap dan berkhasiat.

4. Buah-buahan potong (epal, anggur, jambu)

Kredit foto: Hello Doktor

Jangan lupa kudapan sihat! Buah-buahan segar seperti epal, anggur atau jambu sangat sesuai kerana tak cepat lembik dan tahan lama walaupun tanpa peti ais.

Selain memberi vitamin, ia juga membuatkan perjalanan lebih segar.

Tip: Potong siap-siap, simpan dalam bekas kecil atau ziplock bag. Elakkan buah yang mudah lembik seperti pisang atau betik bila travel jauh.

5. Salah Satu Kudapan Halal Travel: Kurma

Kurma kecil tapi padat dengan tenaga. Ia memberi rasa manis semula jadi, sesuai untuk mengembalikan tenaga cepat bila rasa letih.

Malah, ia pilihan paling praktikal jika travel dalam bulan Ramadan.

Tip: Simpan dalam bekas kecil dalam beg tangan supaya senang dicapai bila lapar tiba-tiba.

6. Nasi impit dan sambal bilis

Kalau nak rasa kenyang “makanan berat”, nasi impit memang bekal paling mudah. Ia tahan lama, tak bersepah dan sesuai dimakan dengan sambal bilis kering.

Ini memang bekalan klasik orang Malaysia bila balik kampung atau travel jauh.

Tip: Bungkus dalam pek kecil siap-siap. Elakkan sambal terlalu berminyak supaya tahan lebih lama.

7. Muffin atau kek cawan homemade

Kredit foto: Rasa

Bagi yang suka manis, muffin atau kek cawan homemade lebih sihat berbanding makanan ringan.

Boleh buat siap-siap sehari sebelum travel, simpan dalam bekas kedap udara. Sesuai untuk sarapan, minum petang atau kudapan anak-anak.

Tip: Pilih resepi muffin yang ringkas, contohnya pisang atau coklat. Elakkan topping krim sebab mudah cair dan comot.

8. Popcorn (Kudapan Halal Travel)

Popcorn bukan sekadar kudapan dalam panggung wayang. Bila travel, ia pilihan ringan, tak cepat basi dan mengenyangkan juga.

Malah lebih sihat jika buat versi homemade tanpa terlalu banyak gula atau garam.

Tip: Bahagikan siap-siap dalam pek kecil supaya mudah diagih dalam kereta atau kapal terbang.

9. Kudapan Halal Travel: Kacang campur atau kuaci

Kacang campur, badam atau kuaci sangat sesuai untuk perjalanan panjang.

Snek tinggi protein ini membantu memberikan tenaga, malah boleh mengelakkan rasa mengantuk bila memandu jauh.

Tip: Pilih kacang tanpa garam berlebihan untuk pilihan lebih sihat.

10. Air mineral, susu kotak UHT atau teh botol

Jangan lupa minuman! Kadang-kadang kita fokus pada makanan tapi terlupa air.

Air mineral penting untuk kekal hidrasi sepanjang jalan. Untuk anak-anak, susu kotak UHT sangat membantu bila mereka merengek lapar.

Kalau nak rasa segar, teh botol atau jus dalam pek kecil pun boleh dibawa.

Tip: Elakkan minuman bergas bagi mengelakkan perut cepat kembung bila travel jauh.

Travel yang menyeronokkan bermula dengan persiapan yang bijak.

Bila kita bawa makanan sendiri yang diyakini halal, bersih dan sedap, kita bukan sahaja mampu menjaga kesihatan sebaliknya dapat mengelakkan rasa waswas.

Oleh itu, selamat mencuba pilihan kudapan mesra travel ini, dan jangan lupa kongsikan versi anda di MyResipi.

Siapa tahu, idea anda mungkin jadi inspirasi untuk traveler halal seluruh dunia!

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

Baca juga: 7 ‘Comfort Food’ Bila Travel Luar Negara, Ubat Rindu Bila Jauh Dari Rumah

Amirul

Recent Posts

Cara Buat Kek Brownies Paling ‘Malas’, Hanya Guna 3 Bahan Tapi Gebu & Moist!

Resepi kek brownies ini memang sesuai untuk anda yang teringin makan pencuci mulut coklat tetapi…

42 mins ago

Pengusaha Kantin Sekolah Raih Pujian, Hidangan RMT Lengkap Ikut Nutrisi KPM & KKM Buat Ramai Cakap ‘Sedapnya!’

Pengusaha kantin sekolah menjadi perhatian ramai selepas berkongsi menu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang disediakan…

51 mins ago

Pistachio Dubai Chocolate Tengah Viral! 5 Resipi Ini Boleh Buat Sendiri, Lagi Jimat & Puas Makan

Kalau anda aktif di TikTok atau Instagram, pasti pernah ternampak pelbagai menu berasaskan Pistachio Dubai…

12 hours ago

Resipi Kek Marble Gebu & Lembut, Corak Cantik Berbelang Macam Beli Di Kedai Kek

Resipi kek marble antara resipi kek klasik yang tidak pernah hilang popularitinya. Teksturnya yang lembut,…

14 hours ago

Resepi Maggi Goreng Carbonara Sambal Hijau, Pedas Berlemak Padu

Maggi goreng carbonara sambal hijau kini menjadi antara resepi viral yang semakin popular. Gabungan rasa…

15 hours ago

Nak ‘Battle’ Sambal Nyet Bilis KA Esok Lagi Laju? Ini Tip 5 Pemenang NZ Tahun Lepas Yang Dah Berjaya

Produk baharu Khairul Aming iaitu Sambal Nyet Bilis sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila usahawan…

18 hours ago