Buah tembikai merupakan salah satu buah-buahan yang digemari ramai. Bukan sahaja bagus untuk mencegah sembelit, ada banyak lagi khasiat buah tembikai yang anda perlu tahu.
Buah tembikai atau nama saintifiknya Citrullus lanatus adalah sejenis buah yang berasal dari keluarga Cucurbitaceae. Ianya berkulit licin dan tebal berwarna hijau belang dan kekuningan manakala isinya pula berwarna merah atau kuning. Buah tembikai juga mempunyai biji berwarna hitam yang banyak.
Pokok tembikai merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar di atas tanah dan mempunyai daun yang berlekuk di bahagian tepi. Buah ini antara buah-buahan yang kaya dengan kandungan air dan sering dikenali sebagai buah musim panas kerana rasanya yang menyegarkan dan sesuai untuk menghilangkan dahaga.
Selain dijadikan makanan dan minuman, buah tembikai juga sering kali digunakan di dalam penghasilan produk-produk kosmetik seperti produk penjagaan kulit wajah dan penjagaan badan.
Berikut merupakan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam 100 g buah tembikai
Umum mengetahui bahawa buah tembikai merupakan sejenis buah yang kaya dengan kandungan air. Setiap 100 g buah tembikai mengandungi sebanyak 92.6 g air. Buah tembikai menjadi salah satu pilihan yang sering diambil pada musim musim dan cuaca panas kerana rasanya yang menyegarkan.
Buah tembikai turut mengandungi komponen serat di dalamnya di mana serat mempunyai pelbagai khasiat terhadap kesihatan. Serat adalah sejenis karbohidrat kompleks yang tidak dapat dicerna oleh tubuh badan. Antara kebaikan serat adalah dapat mencegah sembelit dan meransang peristalsis di bahagian usus besar.
Selain itu, tembikai turut kaya dengan kandungan air yang tinggi di mana pengambilan air yang mencukupi juga dapat mencegah sembelit.
Komponen yang bersifat anti oksida dapat mencegah kerosakkan sel yang diakibatkan oleh radikal bebas dan spesis oksigen reaktif. Tembikai mengandungi komponen likopena dan B-karotena yang bersifat anti oksida.
Pengambilan komponen-komponen ini dapat memberi kebaikan terhadap kesihatan tubuh badan dan mencegah penyakit yang disebabkan oleh tekanan oksida.
Satu kajian terhadap haiwan telah dijalankan untuk mengkaji kesan pemberian serbuk tembikai ke atas profil lipid, kapasiti antioksida dan inflamasi. Kajian ini mendapati bahawa pemberian serbuk tembikai dapat mengurangkan paras tekanan oksida.
Tahukah anda bahawa di dalam tubuh badan kita terdapat dua jenis iaitu kolesterol baik seperti HDL dan kolesterol tidak baik seperti TG dan LDL. Kajian mendapati bahawa ekstrak tembikai dapat menurunkan paras jumlah kolesterol dan LDL dan tidak mengganggu paras kolesterol baik, HDL.
Tekanan darah yang tinggi menunjukkan bahawa terdapat tekanan yang tinggi dikenakan terhadap salur darah. Kondisi ini sangat merbahaya di mana ianya dapat menyebabkan beberapa komplikasi seperti strok atau angin ahmar.
Buah tembikai dapat mengurangkan tekanan darah melalui perkembangan salur darah yang dapat menurunkan paras tekanan di dalam darah. Kajian turut mendapati bahawa pemberian tembikai dapat membantu untuk menurunkan paras tekanan sistolik dan diastolik.
Diabetes adalah salah satu penyakit di mana paras gula di dalam darah melebihi paras normal kerana terdapatnya kekurangan atau rintangan insulin.
Kajian terhadap haiwan diabetic mendapati bahawa pemberian serbuk buah tembikai dapat mengurangkan paras gula di dalam darah dan meningkatkan paras insulin.
Apakah itu macula? Macula adalah sejenis saraf mata yang berfungsi untuk penglihatan. Pereputan macular berkait dengan usia adalah keadaan di mana terdapat perubahan pada macular terutamanya bagi mereka yang berusia dan perubahan ini dapat mengganggu penglihatan mereka.
Likopena di dalam buah tembikai dapat mencegah pereputan macular dan menjaga kesihatan.
Di dalam buah tembikai terdapat sejenis asid amino yang digelar l-Citrulline. Asid amino ini dikatakan dapat membantu untuk melegakan keletihan otot.
Kajian telah dijalankan di mana atlet telah diberi jus tembikai dan kajian ini mendapati bahawa pemberian jus tembikai dapat memulihkan kadar denyutan jantung dan melegakan keletihan otot selepas 24 jam.
Selain dimakan begitu sahaja, tembikai telah digunakan secara meluas di dalam produk penjagaan kulit seperti pelembap wajah. Kandungan vitamin C dan vitamin A di dalam buah tembikai dapat memberi manfaat kepada kesihatan kulit. Vitamin C dapat menghasilkan kolagen manakala vitamin A berupaya untuk membaiki sel kulit.
Konklusinya buah tembikai dapat memberi pelbagai manfaat dan khasiat. Harus diambil bersama diet seimbang yang lain supaya dapat memberikan manfaat kepada kesihatan.
Namun haruslah diingat pengambilannya haruslah secara bersederhana terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes untuk mengelakkan sebarang komplikasi terhadap kesihatan.
Sumber: Root Of Science
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…