Bulan puasa dah nak dekat ni, mesti korang terfikir dekat mana kedai makan Thai untuk berbuka puasa di Selangor kan? Kedai makan Thai memang senang sangat nak didapati di mana mana kedai sekarang ni. Tapi, kedai yang mana satu yang menawarkan kualiti makanan Thai yang sedap dengan harga berpatutan? Haa jom kita explore 10 kedai makan thai untuk berbuka puasa di Selangor yang popular dan menjadi pilihan ramai.
Restoran ini terletak berdekatan dengan pusat membeli belah dan juga berada di tengah bandar. Bukan sahaja lokasinya strategik, malah lauk di sini juga sangatlah segar dan dapat pujian dari ramai orang.
Restoran Orkid Thai ini menghidangkan masakan Thai asli dengan menu terkenal mereka iaitu Tomyam. Antara menu Tomyam yang cukup diminati ramai orang semestinya lah Tom Yam Seafood, Tom Yam Chicken dan Tom Yam Prawn in Coconut. Memang dijamin sedap hingga menjilat jari!
Antara menu utama di restoran ini
Jika dilihat dengan suasana restoran ini, ia berkonsepkan ‘street food’ yang boleh didapati di Thailand, mereka menyajikan masakan Thai asli yang halal.
Menu-menu yang mendapat tempat yang cukup istimewa di hati para pelanggan ialah Pad Krapow, Thai Fried Chicken Wings dan Pineapple Fried Rice. Tak cukup dengan itu, untuk pencuci mulut, ramai orang amat menggemari Mango Sticky Rice mereka. Anda patut cuba untuk berbuka puasa di sini bersama keluarga dan rakan-rakan.
Antara menu popular di kedai ini
Restoran ini tidak asing lagi buat peminat makanan Thai, terutamanya yang menetap di Shah Alam dan Setia Alam. Restoran ini bukan sahaja terkenal kerana keenakan makanan Thai di sini, malah susana restoran ini juga sangat cantik dan selesa!
Antara masakan Thai yang menjadi kegemaran ramai ialah Siakap Stim Limau, Pineapple Fried Rice dan Tomyam Seafood dan untuk pencuci mulut pula, ramai yang mencadangkan unutk mencuba Tab Tim Grob atau Red Rubies mereka.
Antara tarikan utama di restoran ini
Restoran Thai Nyonya ini sangatlah unik kerana mereka menghidangkan masakan asli Thai dan masakan asli Baba Nonya, sangat luar biasa. Restoran ini juga menawarkan makanan kualiti yang sangat bagus dan yang sangat penting ianya Halal. Antara masakan Thai yang digemari ramai ialah Thai Curry Prawn, Thai Prawn Cake dan Steamed Fish With Ginger Soya Sauce. Hidangannya juga bersaiz besar dengan harga yang berbaloi. Anda wajib mencubanya!
Menu popular di restoran ini
Restoran yang juga menyediakan banyak lauk-pauk Thailand yang pasti akan membuatkan anda terliur. Harganya juga sangatlah murah jadi bolehlah anda order banyak-banyak! Tengah lapar kan lepas seharia berpuasa confirm tak menyesal la.
Menu pilihan ramai
Anda nak cuba makan makanan Thailand berlauk? Haaa Mr. Tuk Tuk lah tempatnya! Lauk-pauk Thailand yang sedap dengan harga yang sangat berpatutan. Sesuai sangat kalau makan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Menu yang menjadi pilihan ramai
Anda pernah rasa tak makanan dari kota Bangkok? Kalau tak pernah, Bangkok House la tempat yang sesuai. Mereka menyajikan makanan street Bangkok yang sedap dan semestinya halal. Restoran ini terletak di Petaling Jaya. Antara masakan Thai yang terkenal di sini ialah Pineapple Fried Rice. Yang lagi unik, Pineapple Fried Rice di sini dihidangkan di dalam kulit nanas itu sendiri, memang best!
Tarikan utama di restoran ini
Restoran My Elephant ini cukup terkenal di Selangor. Mereka ada juga beberapa cawangan di Sri Hartamas di KL, Ampang dan Subang Jaya, restoran ini juga selalu menjadi buruan peminat makanan Thai kerana keenakan masakan thainya!
Antara masakan Thai yang memang popular di sini ialah Phad Thai, Grapow Noodles dan Green Curry. Green Curry di sini juga menjadi kegemaran ramai kerana rasa pedas dan berempah yang cukup memikat. Baunya sahaja dah boleh buat anda terliur. Anda wajib cuba restoran ini.
Antara makanan restoran ini yang pasti akan mengliurkan anda
Namanya pun ‘Authentic’, sudah tentulah keaslian masakan Thai di restoran ini terjamin. Ramai peminat masakan Thai datang menerjah restoran ini terutamanya pada waktu malam.
Antara menu yang mendapat tempat yang istimewa di hati pelanggan di sini ialah Pandan Chicken, hidangan Tomyam dan Thai Style Salted Eegg Prawn. Harganya juga sangatlah berpatutan dengan kualiti makanan yang desediakan.
Antara menu di restoran ini
Orang Shah Alam mesti familiar dengan restoran ini. Restoran ini selalu dipenuhi dengan pelanggan terutamanya pada waktu malam. Masakkan thai mereka sangat lah pekat dan rasa keasliannya memang terasa. Suasana restoran ini sangat sesuai untuk mereka yang nak berbuka bersama keluarga. Dengan harga yang berpatutan, memang berbaloi sangatlah jika anda makan di sini.
Menu tarikan utama para pelanggan jika mereka ke restoran ini
Sumber: Mai Singgah
Resepi mi segera goreng kari banjir ini boleh buat perut terus berbunyi walaupun dah hampir…
Ramai yang tertanya-tanya tentang cara goreng ikan bilis supaya kekal rangup walaupun sudah dibasuh terlebih…
Kalau sebut resepi bingka kelapa, mungkin ada yang terus teringat kuih tradisional yang popular di…
Kalau ada pisang yang sudah masak di rumah, boleh cuba buat kek pisang kukus moist…
Kalau ada ketam segar di rumah, apa kata cuba buat resipi sup ketam yang ringkas…
Cencaru sumbat memang antara lauk kampung yang cukup menyelerakan. Ikan yang digoreng garing kemudian diisi…