Anda bercadang untuk bercuti ke Ipoh tapi tak tahu kedai makan famous di Ipoh? Anda datang ke tempat yang betul! Jom kita explore 10 kedai makan famous di Ipoh.
Seperti yang kita tahu, Ipoh merupakan sebuah bandar yang popular dengan keunikan bangunan dan tarikan pelancongannya seperti Gua Kek Lok Tong dan Kellie’s Castle. Di sini juga terdapat banyak tempat makan yang sedap yang patut anda semua cuba jika ke Ipoh.
Di bawah terdapat senarai kedai makan yang famous di Ipoh yang pastinya tidak akan mengecewakan anda. Jadi kalau anda ada plan nak ke Ipoh, boleh makan di kedai dalam senarai dibawah ini.
Restoran ni memang popular sejak dari dulu lagi. Kalau anda ke Ipoh tapi tak datang ke Restoran ini anda memang rugi lah. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan tetapi kebanyakkannya berasaskan makanan cina dan makanan yang paling popular di restoran ini mestilah Chee Chong Fun! memang beratur orang nak beli. Harga makanan di restoran ini pun amatlah murah dan berpatutan. Anda wajib cuba makan di sini.
Restoran ini merupakan antara restoran yang paling selalu orang datang untuk merasai menu terkenal mereka iaitu Nasi Ganja. Bukan itu sahaja, sesiapa saja yang datang makan di sini pasti pinggan mereka penuh dengan berbagai lauk-pauk dek kerana rambang mata untuk memilih. Kalau makan di sini memang akan kenyang seharian!
Restoran ini menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan dan barat. Menu popular mereka adalah Tom Yam dan Pizza. Dengan kuantitinya yang besar dan harganya yang berpatutan, memang sangat berbaloi jika anda datang makan di sini. Selain itu, restoran ini juga terletak bersebelahan dengan sungai Riverfront, permandangannya sangat cantik dan amat sesuai untuk berkumpul makan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Ramai orang kalau ke kafe ini pasti akan order Roti Benggali yang dicicah bersama kari ayam yang pekat. Dan untuk minuman pula, ramai orang menggemari air Kopi Vietnam yang pekat likat cukup rasanya. Kafe ini memang sangat terkenal dengan hidangan sarapan pagi mereka.
Restoran ini menyajikan makanan cina dan menu terkenal mereka mestilah Dimsum! tetapi selain dimsum, restoran ini juga menyediakan pelbagai jenis mee dan nasi. Antara dimsum yang boleh anda cuba ialah Fried Prawn Dumplings yang disyorkan oleh ramai orang dan Fried Radish Cake juga wajib anda cuba, dijamin sedap! Walau bagaimanapun, kepada umat Islam, jangan risau dengan makanan cina yang dihidangkan di sini kerana restoran ini memiliki sijil halal.
Teringin nak makan nasi ayam? Jom la singgah Ipoh Hainan Chicken Rice. Keistimewaan Nasi Ayam Hainan di sini adalah ayam panggangnya yang manis serta juicy isinya. Tidak dapat dinafikan nasi ayam disini memang disukai ramai orang kerana rasanya yang lebih asli dan sedap.
Haa kalau teringin nak makan makanan barat tengah malam, ini lah tempatnya. Antara menu yang anda patut cuba di sini ialah Beef Spaghetti, Chicken Chop, Brownies with Ice Cream, Nachos dan banyak lagi. Harganya berpatutan, berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan. Suasana kafe ini juga amatlah sesuai untuk orang muda yang nak lepak bersama rakan-rakan.
Moss Eatery menyajikan makanan melayu tempatan seperti Nasi Kukus dan Cucur Udang yang ranggup dan lembut di dalam. Restoran ini juga sangat sesuai untuk dijadikan port lepak bersama rakan-rakan dan keluarga kerana suasana kedainya yang sangat cantik, aesthetic dan luas.
Gerai ini dari luaran kelihatan seperti gerai biasa sahaja tapi ramai yang tidak tahu bahawa gerai ini ada satu hidangan yang menjadi kegilaan ramai iaitu nasi goreng udang. Sudah tentulah ianya bukan nasi goreng udang yang biasa kerana kuantiti udangnya yang sangat banyak dan rasanya juga sedap. Memang berbaloilah kalau anda makan disini.
Restoran M.Salim legend yang sudah beroperasi selama 50 tahun ini menyajikan kari kepala ikan yang sangat pekat dan likat memang akan buat orang terpikat selepas mencuba kari mereka.
Sumber: @teallyfe
Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…
Susah nak jumpa peniaga yang jual Kek Pisang Karamel di luar kerana ia merupakan antara…
Resipi strawberry cheesecake ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti…
Sekali-sekala nak makan pencuci mulut yang sejuk untuk segarkan tekak, bolehlah cuba buat Boko Ubi…
Cara masak sup kaki ayam ini cukup mudah kerana tidak perlu menumis. Hanya perlukan beberapa…
Jika ada ahli keluarga yang teringin makan Nasi Lemak sedap tapi mempunyai alahan pada santan,…