parpu telur

Masakan parpu telur tidak asing lagi dalam kalangan penduduk negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia.

Ia diperbuat dari kacang parpu. Namun begitu, boleh juga digantikan dengan kacang dhal, bergantung kepada cita rasa masing-masing.

Menurut empunya resipi iaitu Puan Masni Bahari, masakan ini lebih sedap jika diletakkan telur rebus atau telur pecah. Jom lihat resipi penuh di bawah!

Baca juga: Peniaga Ini Dedah Tip Masak Kuah Laksa Utara Yang Sedap, Memang Betul-Betul Umphhh!

RESIPI PARPU TELUR

Bahan-bahan:

  • Kacang parpu (rendam dalam air semalaman)
  • Telur (boleh rebus atau pecah)
  • Santan
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam
  • Serbuk perisa (jika suka)
  • Ubi kentang (dibelah 4)
  • Tomato (dibelah 4)

Bahan kisar:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia

Bahan tumis darat:

  • Bawang besar (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Daun kari
  • Cili kering (potong 2)

Cara memasak:

  1. Rebus kacang parpu yang telah direndam semalaman itu dalam periuk atau kuali.
  2. Kemudian, tuangkan bahan kisar dan juga serbuk kunyit.
  3. Rebus sehingga kacang parpu menjadi lembut.
  4. Bila sudah lembut, masukkan ubi kentang dan biarkan sehingga empuk.
  5. Apabila kentang sudah empuk, masukkan telur, garam, serbuk perasa dan tomato.
  6. Dalam kuali lain, tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili kering dengan sedikit minyak (ini dipanggil tumis darat).
  7. Bila bahan tumis darat sudah garing, tuangkan ke atas masak parpu tadi.
  8. Pastikan kuah mendidih sebelum ditutup api.
  9. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Kredit resipi dan gambar: Masni Bahari

Baca juga: Resipi Nasi Daging Utara Yang Terlajak Sedap! Daging Lembut & Nasi Gebu Elok

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN