resepi laksa sarawak

Masih terbayang betapa enaknya makanan di Sarawak ketika bercuti ke sana. Jika anda mengetahui resepi Laksa Sarawak, bolehlah buat lepas rindu!

Berbeza dengan laksa di Semenanjung Malaysia, Laksa Sarawak menggunakan mee hoon bersama kuah berasaskan ayam atau udang yang berperisa dengan pes laksa pekat.

Resepi asli yang dikongsikan oleh Adnil Sam di Facebook ini menggunakan pes laksa buatan sendiri. Jom cuba!

Baca juga: Ini Rahsia Buat Laksa Sarawak Yang Sedap, Semerbak Bau Satu Rumah!

RESEPI LAKSA SARAWAK

resepi laksa sarawak

Bahan-bahan pes laksa:

  • 3 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 7 tangkai cili kering* (rendam dalam air panas hingga lembut)
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 2 biji buah keras*
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 inci lengkuas* (potong kecil-kecil)
  • 1 batang serai* (dihiris nipis)
  • 1/2 inci belacan bakar*
  • 4 sudu besar bijan (disangai)
  • 4 sudu besar kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit)
  • Minyak masak untuk menumis

Cara-cara penyediaan pes laksa:

1. Kisar halus bahan2 yang bertanda (*).

2. Sangai dahulu bijan dan kacang tanah hingga garing, kemudian kisar halus dengan pengisar kering.

3. Campurkan semua bahan dalam satu bekas dan gaul sebati.

4. Tumis semua bahan sampai naik minyak dan cukup masak dengan api sederhana. Letak garam, gula dan perasa secukupnya. Pes laksa siap!

Bahan-bahan kuah laksa:

  • Pes laksa yang dah siap
  • 500gm isi ayam
  • 300gm udang saiz sederhana (Asingkan isi dan kulit, tapi jangan buang kepala dan kulit sebab nak guna untuk direbus nanti)
  • 1/2 bungkus mee hoon (dicelur)
  • 1 batang serai
  • 300gm pati santan pekat
  • 3 keping asam keping
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1/2 biji bawang besar (potong kasar)
  • 2 rumpun akar daun ketumbar (diketuk)
  • Air secukupnya

Cara-cara penyediaan kuah laksa:

1. Sediakan periuk yang berisi air lebih kurang 800ml hingga 1liter.

2. Masukkan serai, bawang besar serta akar ketumbar dan masak hingga kuah mendidih.

3. Masukkan isi ayam dan masak hingga ayam empuk, angkat dan toskan. Bila ayam dah hampir sejuk, carik-carikkan isi ayam dan ketepikan.

4. Guna air rebusan yang sama, rebus isi udang selama 4 hingga 5 minit saja. Kemudian angkat, toskan dan ketepikan.

5. Rebus kulit dan kepala udang tadi dalam 15 minit, tutup api dan tapiskan. Tambah air sikit dalam pengisar dan kisar kulit dan kepala udang. Bila dah halus, tapiskan air kisaran udang dan masukkan ke dalam periuk air rebusan tadi.

6. Hidupkan api semula dan tambahkan pes laksa bersama asam keping. Kacau 5 minit dan masukkan santan pekat. Letak garam, aji dan gula tapi sebelum letak garam kena rasa dulu sebab pes pun dah ada rasa.

7. Biarkan kuah hingga sedikit pekat. Kuah laksa siap!

Bahan-bahan sambal udang kering:

  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 5 sudu besar cili (dikisar)
  • 1 sudu kecil belacan
  • 5 sudu besar udang kering tanpa kulit (ditumbuk)
  • Pes asam jawa secukupnya
  • Gula, perasa dan garam secukup rasa
  • Minyak menumis

Cara-cara penyediaan sambal udang kering:

resepi laksa sarawak

1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis semua bahan kecuali air asam,gula, perasa dan garam.

2. Masak hingga sambal garing atau pecah minyak.

3. Masukkan air asam dan perasakan dengan perasa, gula dan garam, kemudian tumis lagi seketika dengan api kecil sehingga garing. Sambal udang kering siap!

Bahan-bahan pelengkap menu:

Cara-cara hidang Laksa Sarawak:

1. Celurkan mee hoon hingga lembut, kemudian angkat dan toskan. Masukkan mee hoon ke dalam mangkuk yang sesuai.

2. Masukkan kuah laksa, isi ayam,udang, hirisan telur dadar, sambal, taugeh, daun ketumbar, daun pudina, limau kasturi, bawang goreng dan cili merah. Siap!

Dah siap begini, memang tak sabar nak makan. Paling penting, kuahnya tiada rasa jamu ya. Selamat mencuba!

Sumber: Adnil Sam

Baca juga: Laksa Sarawak Mudah Dan Ringkas Guna Pes Segera, Memang Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN