resepi kulit karipap

Cara buat inti karipap memang cukup mudah, tapi tak ramai yang tahu resepi kulit karipap yang anti melekat, rangup dan tak berminyak apabila digoreng.

Resipi lain biasanya hanya menggunakan 2 jenis tepung. Tetapi berbeza dengan resipi ini yang menggunakan 3 jenis tepung.

Jika ada yang mahu mencuba buat kulit karipap versi ini, boleh ikuti resipi lanjut di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Mudah Buat Karipap Kampung Macam Orang Tua Dulu-Dulu, Sedap Dia Lain Macam

RESEPI KULIT KARIPAP ANTI MELEKAT

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Tepung gandum 500 gram
  • Tepung beras 50 gram
  • Tepung ubi 50 gram
  • Garam 4 gram
  • Gula 20 gram
  • Minyak masak 50 gram (suhu bilik)
  • Air 180 gram (suhu bilik)
  • Planta/marjerin 80 gram (suhu bilik, tak perlu panaskan)

Cara membuatnya:

1. Campurkan tepung gandum, tepung beras, tepung ubi, garam dan gula. (garam dan gula dilarutkan terlebih dahulu)

2. Masukkan planta dan minyak masak ke dalam campuran bahan-bahan tepung tadi. Gaul sehingga sebati.

3. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga sebati.

4. Perapkan doh yang telah siap selama 30 minit untuk menjadikannya sebati dan lembut.

5. Tutupkan dengan plastic wrap supaya tidak terdedah kepada udara untuk mengelakkan doh menjadi kering.

6. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Chefninja via Resepi Sana Sini

Baca juga: Cara Buat Karipap Pusing Yang Sangat Mudah, Serius Sedap & Confirm Jadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN