Yogurt Tart

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Mini tat dengan krim yogurt. Acuan yang diguna untuk bentuk tart ni adalah acuan muffin yang bersaiz kecil. Kalau guna acuan muffin yang saiz biasa boleh dapat 12 biji.


Bahan-bahan diperlukan:

  • Kulit tat:
  • 100g gula halus
  • 1 biji telur
  • 200g tepung gandum
  • 150g mentega
  • Krim yogurt:
  • 220g yogurt biasa
  • 100g gula
  • 1 biji kuning telur
  • *2 sudu besar tepung jagung/'corn starch'
  • *1 sudu besar tepung gandum
  • 250g susu
  • 15g mentega
  • 2 sudu besar jus lemon

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kulit tat: Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau biar sebati. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam sebelum digunakan.
  2. Krim yogurt: Masukkan susu ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana sehingga hampir mendidih. Tutupkan api.
    Data
  3. Masukkan yogurt, telur dan gula ke dalam mangkuk dan kacau.
    Open uri20151010 29872 swc34o
  4. Kemudian masukkan bahan (*) yang telah diayak. Kacau serata.
    Open uri20151010 29872 73jjc6
  5. Campurkan susu panas tadi sikit demi sikit sambil dikacau.
  6. Tapis semula masukkan ke dalam periuk susu tadi.
    Open uri20151010 29872 1o2extu
  7. Panaskan semula sehingga pekat. Kemudian, padamkan api.
  8. Akhir sekali masukkan mentega dan juga jus lemon. Kacau biar sebati.
  9. Tat yogurt: Keluarkan kulit tat tadi. Bahagikan kepada 16 bahagian. Buat bentuk bulat.
  10. Sapukan acuan muffin dengan mentega. Ambik sebiji tat tadi, buat bentuk leper. Kemudian tekan-tekan masukkan ke dalam acuan muffin. Buat lubang kat tengah.
    Open uri20151010 29872 1mfq245
  11. Isikan dengan krim yogurt. Bakar selama 25~30 minit dengan suhu 180C.
    Open uri20151010 29872 13axmpz

Leave a comment