Udang Masak Berempah

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Udang Masak Berempah?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 500 g udang besar ataupun udang galah 
  • 3 sudu makan serbuk rempah kari ikan 
  • ½ cawan air asam jawa (Dibancuh bersama rempah kari ikan)
  • 3 biji tomato (Dibelah 4)
  • 1 labu bawang besar (Dibelah 4)
  • 4 biji cili merah (Dibelah 2) 
  • 5 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa 
Bahan B (Tumisan)
  • 4 biji bawang merah (Dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris halus)
  • 1 sudu makan halba campur 
  • 3 tangkai daun kari

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan B sehingga wangi. 
  2. Masukkan serbuk rempah kari yang sudah dibancuh dengan asam jawa. Kacau rata sehingga pecah minyak dan pekat. 
  3. Masukkan udang, 2 biji tomato, bawang besar, 2 biji cili merah, dan garam. Kemudian kacau lagi.
  4. Masak sehingga pecah minyak dan pekat. 
  5. Hiaskan dengan belahan tomato dan 2 biji cili merah. 
  6. Sedia dihidangkan.

Leave a comment