Udang goreng oat

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Tak dapat nak bagik sukatan untuk resipi sebab masak main campak jer. Member² kat Myr ni pon terer bab masak main campak ni dan lebih arif masak dari saya ;p


Bahan-bahan diperlukan:

  • Udang (dibersihkan dan dibuang kulit)
  • Putih telur
  • Tepung jagung
  • Oat
  • Garam
  • Minyak bijan
  • Minyak masak

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Udang diperap sekejab dengan minyak bijan dan garam.
  2. Celup udang ke dalam putih telur dan salut dengan tepung jagung.
  3. kemudian celup semula udang tadi ke dalam putih telur dan golek²kan udang ke atas oat.
  4. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga kekuningan/garing.

Leave a comment