Telur Dadar Kentang

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Telur Dadar Kentang?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 5 biji telur 
  • 2 biji kentang (Dipotong dadu kecil) 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris) 
  • 3 biji cili merah (Dihiris) 
  • 1 pokok daun sup 
  • 1 pokok daun bawang 
  • Garam secukup rasa 
  • 2 sudu makan minyak masak

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebuskan kentang dengan air sehingga empuk. 
  2. Masukkan telur, kentang, bawang besar, cili merah, daun sup, daun bawang, dan garam ke dalam mangkuk. Kacau rata. 
  3. Panaskan minyak masak di dalam kuali leper dan tuangkan bancuhan telur tadi. 
  4. Masakkan dengan api perlahan sehingga telur kelihatan kuning keemasan. 
  5. Terbalikkan telur perlahan-lahan menggunakan pinggan leper. 
  6. Masakkan lagi sehingga telur kelihatan kuning keemasan. 
  7. Hidangkan ke dalam pinggan leper.

Leave a comment