Sup Cendawan Daun Kunyit

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Resipi daripada mak mentua.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 200g cendawan tiram
  • *1 labu bawang besar
  • *1 ulas bawang putih
  • *1 biji lada merah
  • 1 helai daun kunyit
  • 10 ekor ikan bilis - dibelah 2
  • 700ml air
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam - secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Belah cendawan ikut suka (hendak kecil-kecil boleh, besar-besar pun boleh), cuci, toskan airnya. Bahan * dimayang.
  2. Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis ikan bilis, bahan * & daun kunyit. Setelah naik bau, masukkan air.
  3. Biarkan air mendidih dahulu baru masukkan cendawan dan garam secukup rasa. Dalam 2 minit matikan api.

Leave a comment