Sosej Kacang Panggang

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Sosej Kacang Panggang?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 tin kacang panggang 
  • 1 labu bawang holland (Dipotong dadu) 
  • 10 batang sosej (Dipotong pendek) 
  • ½ cawan sos tomato 
  • 1 tin cendawan butang (Dihiris) 
  • 1 biji capsicum merah (Dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum hijau (Dipotong dadu)
  • 1 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang holland sehingga 
    naik bau. 
  2. Masukkan sosej dan gorengkan sehingga garing. 
  3. Masukkan sos tomato dan cendawan butang. Kemudian kacau rata. 
  4. Masukkan kacang panggang, garam, capsicum merah dan 
    capsicum hijau. Gaul sehingga sebati. 
  5. Hidangkan bersama roti bakar ataupun roti bawang putih.

Leave a comment