Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Masakan Pahang sebelah Lipis & Raub, resipi emak saya. Boleh simpan lama dalam peti sejuk dan makan dengan nasi panas-panas. Sedap!


Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 1/2 sudu tempoyak (yang baru lagi cun)
  • 4 papan petai (ambil isinya)
  • Bahan tumbuk: 2 biji bawang merah ,2 biji bawang putih, 5-8 cili padi merah (nak pedas tambah lagi) dan sedikit garam
  • 1 labu bawang besar potong bulat
  • Segenggam ikan bilis
  • Sehelai daun kunyit muda diracik halus (untuk harum) - tambahan sahaja
  • Secubit @ hujung sudu kecil serbuk kunyit (untuk warna)
  • 5 sudu minyak masak untuk menumis

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan tempoyak, ikan bilis, petai dan sedikit air tunggu sehingga petai layu/masak.
  3. Masukkan bawang besar, daun kunyit, serbuk kunyit tadi, tunggu sebentar dan angkat.

Leave a comment