Sambal Goreng Kacang & Tempe

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Sambal Goreng Kacang & Tempe?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan kacang tanah 
  • 30 biji cili api 
  • 3 ulas bawang putih 
    (Cili api & bawang putih dikisar bersama)
  • 1 paket tempe 
  • 1 cawan ikan bilis 
  • 1 sudu makan cuka 
  • 1 sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa 
  • 1 cawan minyak masak

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak. Goreng kacang tanah sehingga masak. Tuskan minyak. 
  2. Goreng ikan bilis sehingga garing dan tuskan. 
  3. Ikan bilis digoreng garing dan dituskan juga. 
  4. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak. 
  5. Masukkan cuka, gula, dan garam. Kacau rata. Padamkan api. 
  6. Masukkan kacang, tempe, dan ikan bilis. Kacau rata. 
  7. Sedia dihidangkan.

Leave a comment