Sambal Goreng Ikan Bilis Bersama Jering

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Sambal Goreng Ikan Bilis Bersama Jering?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan ikan bilis 
  • 20 biji jering tua 
  • 4 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 sudu makan halba campur 
  • 3 tangkai daun kari 
  • (Bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari dikisar bersama)
  • 3 keping asam gelugur 
  • 1 sudu makan gula 
  • 1 cawan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Buangkan kulit jering dan potong kecil. 
  2. Goreng jering sehingga masak. Kemudian tuskan. 
  3. Kemudian goreng pula ikan bilis sehingga garing dan tuskan. 
  4. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi. 
  5. Masukkan garam, gula, dan asam gelugur. Kemudian kacau rata. 
  6. Tutup api dan masukkan ikan bilis dan jering. Kacau sebati. 
  7. Sedia dihidangkan.

Leave a comment