Salad Tuna

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Resepi paling mudah nak buat salad yang sedap dan lemak.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 biji salad disiat kecil kecil
  • 1 batang timun dihiris sederhana nipis
  • 1/2 batang lobak merah disagat halus
  • 2 biji tomato besar atau 4 biji baby tomato
  • 1/2 biji bawang besar dihiris halus
  • 1/2 batang cili merah dihiris halus - buang biji
  • 1/2 biji lemon
  • 1/2 tin tuna
  • 4 sudu besar mayonis

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Campurkan semua bahan-bahan kecuali mayonis dan lemon.
  2. Masukkan isi tuna dan gaulkan semua bahan dengan mayonis.
  3. Perahkan lemon.
  4. Sedia dimakan begitu sahaja atau dengan nasi atau roti.

Leave a comment