Roti Jala Coklat

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 25 Minit
Hidangan: 4 Orang

Roti Jala Coklat.Enak dimakan begitu saja.Tak perlu kuah kari atau serawa/Pengat/sos kastad


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 sudu minyak masak
  • 1 biji telur gred A
  • 2 sudu kecil cocoa powder (LiNa Pg guna dark coklat) boleh gantikan dgn milo
  • 2 sudu besar gula kastor (boleh jg gn gula pasir)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • Secubit garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Satukan semua bahan ke dalam blender dan blend sebati (LiNa Pg hanya gaul guna hand whisk)Kemudian tapiskan
  2. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala (LiNa Pg gn acuan botol muncung 3)
  3. Panaskan kuali non-stick pan, sapukan sedikit minyak.Kirai/jala adunan ke atas non-stick pan, biarkan selama 1minit (hingga masak).Kemudian angkat.Lipat/gulung
  4. Roti jala coklat ni sedap dimakan begitu saja.Kemanisan sedang2 jer.Boleh jugak dicicah susu pekat manis atau sebarang sos kegemaran.

Leave a comment