Rendang Padang

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Rendang Padang?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g daging lembu 
  • 20 biji cili api 
  • 10 tangkai cili kering 
  • 10 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • ½ inci lengkuas 
  • 3 batang serai 
  • 2 biji buah keras 
  • 1 cawan air 
    (Cili api, cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai & buah keras dikisar bersama air)
  • Garam secukup rasa 
  • 2 cawan santan pekat 
  • ½ cawan kerisik 
  • 2 helai daun kunyit (dihiris halus) 
  • 5 helai daun limau purut

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Daging dihiris nipis dan sederhana kecil. 
  2. Masukkan daging, bahan yang dikisar, dan sedikit garam ke dalam kuali.
  3. Masakkan sehingga pekat. 
  4. Masukkan santan pekat, kerisik, daun kunyit, daun limau purut, dan sedikit garam lagi. 
  5. Kacau rata dan masak lagi sehingga pecah minyak dan pekat. Hidangkan.

Leave a comment