Puding Roti Laici

Kategori: Nusantara, Pastri (Roti & Kek)
Masa Penyediaan: 1 Jam 0 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Puding Roti Laici?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 buku roti (450 g-dipotong kecil) 
  • 1 tin susu cair (400ml) 
  • 1 tin laici (Dikoyak isi) 
  • ½ cawan gula kastor 
  • 2 biji telur (Dipukul) 
  • 2 sudu makan tepung gandum
Bahan B (Sirap Karamel)
  • 1 cawan gula perang 
  • ½ cawan air 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rendamkan roti bersama susu cair dan air selama 20 minit. 
  2. Campurkan isi buah laici, air laici, gula kastor, telur, dan tepung gandum ke dalam roti yang direndam. Gaul rata. 
  3. Masukkan ke dalam loyang yang sudah disapukan minyak masak.
  4. Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 170ºC selama 1 jam. Sejukkan. 
  5. Bagi membuat sirap karamel, panaskan gula perang dan air sehingga mendidih dan pekat. 
  6. Potong puding dan hidangkan bersama sirap karamel.

Leave a comment