Popia Inti Kentang

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Popia Inti Kentang?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 biji kentang (Dipotong dadu kecil) 
  • 12 ekor udang 
    (Dibuang kulit dan dipotong kecil) 
  • 1 batang lobak merah 
    (Dipotong kecil dan panjang) 
  • 1 peket kulit popia (saiz besar) 
  • 1 pokok daun bawang (Dipotong pendek) 
  • 2 biji cili merah (Dihiris) 
  • 1 sudu makan tepung gandum 
    (Dibancuh dengan sedikit air) 
  • Garam secukup rasa 
  • Minyak masak secukupnya 
  • Sos cili secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus kentang dengan sedikit air dan garam di dalam kuali sehingga empuk dan kering air. 
  2. Masukkan lobak merah, udang, cili merah, dan sedikit garam. Masak sebentar kemudian sejukkan. 
  3. Buka kulit popia dan asingkan satu per satu. Tutupkan kulit dengan kain. 
  4. Bentangkan kulit popia dan letakkan bahan yang dimasak tadi di tengah tengah. 
  5. Lipatkan bahagian kiri dan kanan kulit popia. 
  6. Gamkan hujung kulit popia dengan bancuhan tepung gandum dan air. 
    Gulungkan kemas-kemas. 
  7. Gorengkan sehingga garing dalam minyak yang panas. Angkat dan tuskan minyak. 
  8. Hidangkan bersama sos cili.

Leave a comment