Paprik Sotong

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Paprik Sotong?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g sotong (saiz sederhana) 
  • 5 sudu makan minyak masak 
  • 3 batang serai (Diketuk)
  • 3 ulas bawang putih (Diketuk)
  • 5 biji cili api (Diketuk)     
  • 2 sudu makan cili kisar 
  • 1 sudu makan sos tomato 
  • 1 sudu makan sos cili 
  • 1 sudu makan sos tiram 
  • 1 sudu makan sos ikan 
  • ½ cawan air 
  • 1 kiub tomyam 
  • 5 helai daun limau purut (dikoyak) 
  • 2 labu bawang besar (Dihiris kasar)
  • 1 biji cili merah (Dihiris kasar)         
  • 1 biji cili hijau  (Dihiris kasar)        
  • 2 biji tomato (dibelah 6) 
  • Sedikit bunga kubis (Dipotong kecil)             
  • 3 urat kacang panjang (Dipotong kecil) 
  • ½ batang lobak merah (Dipotong kecil)
  • Garam secukup rasa 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Buangkan kulit sotong. Basuh dan tus kering. 
  2. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan yang diketuk. Kacau rata. 
  3. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak. 
  4. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, sos ikan, air, kiub tomyam, dan daun limau purut. Masakkan sehingga mendidih. 
  5. Masukkan sotong, bahan yang dihiris kasar, tomato, bunga kubis, bahan yang dipotong kecil, dan garam. 
  6. Masakkan sehingga mendidih lagi. Hidangkan.

Leave a comment