Nasi Nanas

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 10 Orang

Bagaimana cara nak masak Nasi Nanas?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 kg beras Basmati 
  • 3 sudu makan mentega 
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • 5 biji bawang merah (Dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris) 
  • 2 inci halia (Dihiris)                
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 2 biji buah pelaga 
  • 8 kuntum bunga cengkih 
  • 2 inci kulit kayu manis 
  • 1 biji nanas (dipotong kiub) 
  • ½ cawan susu cair  
  • 1 liter air   
  • Garam secukup rasa 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan mentega dan minyak masak. Tumis bahan yang dihiris dengan bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, dan kulit kayu manis sehingga wangi. 
  2. Masukkan nanas dan susu cair. Masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan beras, air, dan garam. Masakkan sehingga nasi cukup kering. 
  4. Gemburkan nasi dan hidangkan. 

Leave a comment