Nasi Beriani Pakistan

Kategori: Timur Tengah, Masakan Arab
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 10 Orang

Bagaimana cara nak masak Nasi Beriani Pakistan?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 kg beras basmati 
  • 2 labu bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 2 inci halia 
  • 4 biji cili hijau 
  • 3 biji buah pelaga 
  • 4 kuntum bunga cengkih 
    (Semua bawang besar, bawang putih, halia, cili hijau, buah pelaga & bunga cengkih dikisar bersama)
  • 3 sudu makan serbuk kari ayam 
  • 2 sudu makan tomato puri 
  • 1 sudu makan garam masala 
  • 1½ liter air 
  • 1 cawan dadih asli  
  • ½ cawan kismis 
  • 1 ekor ayam (Dipotong 8) 
  • ½ cawan gajus goreng 
  • ½ cawan bawang goreng 
  • 2 pokok daun bawang (Dihiris) 
  • 3 sudu makan minyak sapi 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan. 
  2. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan yang dikisar 
    sehingga wangi. Kemudian masukkan serbuk kari ayam. 
  3. Masukkan tomato puri dan garam masala. Kacau sehingga pecah 
    minyak. 
  4. Masukkan air, dadih, kismis dan garam. Biarkan mendidih. 
  5. Masukkan ayam dan beras. Kacau rata sehingga sebati. 
    Masakkan sehingga nasi kering. 
  6. Hiaskan dengan gajus goreng, bawang goreng dan hirisan daun 
    bawang.

Leave a comment