Mihun Singapura

Kategori: Nusantara, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Mihun Singapura?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 paket mihun  (Direndam dan tuskan) 
  • 2 sudu makan lada hitam (Ditumbuk)
  • 2 biji bawang merah  (Ditumbuk)  
  • 3 ulas bawang putih  (Ditumbuk)
  • 200 g udang 
  • 200 g sotong (Dihiris) 
  • 1 pokok sawi (Dipotong pendek) 
  • 250 g kubis (Diracik halus) 
  • 1 batang lobak merah (Diparut) 
  • ½ cawan air 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga wangi. 
  2. Masukkan udang dan sotong. Kemudian kacau rata. 
  3. Apabila sudah masak, masukkan mihun, sawi, kubis, lobak merah, garam, dan air. Kemudian kacau rata. 
  4. Gaulkan rata sehingga mihun lembut. 
  5. Apabila menghidang, taburkan hirisan daun sup dan cili merah.

Leave a comment