Mi Gulung

Kategori: Nusantara, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 3 Orang

Bagaimana cara nak masak Mi Gulung?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 paket mi kuning  (Dibasuh dan tuskan) 
  • 3 sudu makan kicap manis 
  • 5 biji telur (Dipukul) 
  • 3 sudu makan minyak 
  • 4 biji bawang merah (Dihiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris nipis)
  • 150 g isi ayam (Dihiris kecil) 
  • 150 g udang 
  • 2 cawan air
  • 2 sudu makan kicap cair 
  • 1 batang lobak merah (Dipotong) 
  • 2 pokok sawi (Dipotong)     
  • 2 biji cili merah (Dihiris kasar) 
  • 2 biji telur 
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam kisar 
  • 1 sudu makan tepung jagung (Dibancuh dengan ½ cawan air) 
  • 6 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali leper non-stick dan gorengkan mi dengan kicap manis sehingga sebati dan masukkan ke dalam pinggan. Ketepikan. 
  2. Panaskan semula kuali leper dan masukkan sedikit minyak masak lagi. 
  3. Tuangkan satu senduk telur yang sudah dipukul ke dalam kuali leper dan lenggangkan supaya menjadi telur dadar nipis. Masukkan ke dalam pinggan. 
  4. Ambil sedikit mi tadi dan letakkan ke atas telur dadar dan gulung kemas seperti kuih dadar. Ketepikan. 
  5. Panaskan minyak lagi dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga layu dan wangi. 
  6. Masukkan ayam, udang, air, dan kicap cair. Biarkan mendidih. 
  7. Masukkan lobak merah, cili merah dan sawi. Masukkan lada hitam dan garam sekiranya perlu. Biarkan mendidih lagi. 
  8. Masukkan telur dan kacau dengan garpu supaya telur hancur. 
  9. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masakkan sehingga agak pekat. 
  10. Tuangkan kuah ke atas mi gulung tadi dan hidangkan dengan bawang goreng.

Leave a comment