Masak Lemak Cili Api Terung Pipit

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Masak Lemak Cili Api Terung Pipit?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 cawan terung pipit 
  • 1 cawan ikan bilis (direndam) 
  • 10 biji cili api 
  • ½ inci kunyit hidup 
  • 3 biji bawang merah 
  • ½ cawan air 
    (Cili api, kunyit hidup, bawang merah dikisar bersama air)
  • 2 keping asam gelugur 
  • Garam secukup rasa 
  • 2 cawan santan pekat 
  • 1 helai daun kunyit (dihiris kasar)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Asingkan tangkai terung pipit dan basuh. 
  2. Masukkan terung pipit, ikan bilis, bahan yang dikisar, asam gelugur, dan garam ke dalam periuk. 
  3. Masakkan sehingga mendidih. 
  4. Masukkan santan pekat dan daun kunyit. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih lagi. Hidangkan.

Leave a comment