Masak Lemak Cili Api Ikan Kering Bersama Petai

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Lemak Cili Api Ikan Kering Bersama Petai?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 300 g ikan kering talang 
  • 20 biji cili api 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 3 biji bawang merah 
  • (Cili api, kunyit hidup dan bawang merah dikisar bersama)
  • ½ cawan air 
  • 3 papan petai 
  • 2 batang serai (Diketuk) 
  • 2 cawan santan pekat (½ biji kelapa) 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Potong ikan kering kecil-kecil dan rendamkan selama 30 minit. 
  2. Kikiskan kulit petai dan potong kecil. 
  3. Masukkan semua bahan kecuali santan dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. 
  4. Masukkan santan pekat. Kacau supaya tidak pecah minyak. 
  5. Apabila mendidih, masukkan garam. 
  6. Hidangkan dengan nasi putih.

Leave a comment