Masak Lemak Cili Api Ikan Cencaru Bakar

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Lemak Cili Api Ikan Cencaru Bakar?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 ekor ikan cencaru 
  • 2 cawan santan (½ biji kelapa) 
  • 10 biji terung telunjuk 
  • 3 keping asam gelugur 
  • 3 batang serai (Diketuk) 
  • Garam secukup rasa 
  • 15 biji cili api 
  • 3 biji bawang merah 
  • 1 inci kunyit hidup
  • (Bawang merah dan kunyit hidup dikisar bersama)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh ikan cencaru dan tuskan. 
  2. Bakar ikan di atas pemanggang sehingga masak. 
  3. Buangkan kulit tebal ikan. 
  4. Masukkan ikan dan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan pekat. 
  5. Masukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

Leave a comment