Masak Lemak Cili Api Daun Kesum Ubi Kayu

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Masak Lemak Cili Api Daun Kesum Ubi Kayu?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ketul ubi kayu (Dipotong kecil) 
  • 15 biji cili api 
  • 2 biji bawang merah 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • ½ cawan air 
    (Cili api, bawang merah & kunyit hidup dikisar bersama air)
  • 2 ekor ikan keli 
  • 5 tangkai daun kesum 
  • 1 keping asam gelugur 
  • 1 cawan santan pekat 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh ubi kayu dan rebuskan dengan bahan yang dikisar dan sedikit garam sehingga empuk. 
  2. Bersihkan ikan keli. Kelar dan tuskan airnya. 
  3. Masukkan ikan keli, daun kesum, dan asam gelugur ke dalam periuk kemudian masakkan sehingga mendidih. 
  4. Masukkan santan pekat dan garam. Masakkan sehingga mendidih sebati lagi sambil kacau supaya tidak pecah minyak. 
  5. Masukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

Leave a comment