Kerabu Ulam Raja Halus

Kategori: Resipi Ringkas, Makanan Sihat
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kerabu Ulam Raja Halus?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ikat ulam raja  
  • ½ cawan kelapa parut
  • 2 sudu makan perahan limau kesturi 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris) 
  • Garam secukup rasa 
  • 3 biji cili merah 
  • 4 biji cili api 
  • 4 biji bawang merah 
  • 1 sudu makan udang kering
  • (Cili merah, cili api, bawang merah dan udang kering dikisar bersama)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuhkan ulam raja dan potong halus. 
  2. Goreng kelapa parut sehingga kekuningan sahaja. 
  3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. 
  4. Sedia dihidangkan.

Leave a comment