Kerabu Telur Masin

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 3 Orang

Bagaimana cara nak masak Kerabu Telur Masin?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 biji telur masin
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 2 batang serai (Dihiris)
  • 1 pokok daun ketumbar (Dihiris)
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • 2 sudu makan udang kering 
  • 3 biji cili api 
  • (Udang kering dan cili api ditumbuk kasar bersama)
  • 3 biji limau kesturi (Diambil perahannya)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus telur masin dan keluarkannya menggunakan sudu. 
  2. Hiris telur masin kasar-kasar. 
  3. Masukkan semua bahan kecuali limau kesturi ke dalam mangkuk dan gaulkan perlahan-lahan supaya sebati. 
  4. Tuangkan perahan limau kesturi. 
  5. Sedia dihidangkan.

Leave a comment