Kerabu Telur Dadar Hiris

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kerabu Telur Dadar Hiris?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 4 biji telur 
  • Garam secukup rasa 
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • 10 tangkai daun kesum (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar   (Dihiris)
  • 5 biji cili api   (Dihiris)
  • 2 biji cili merah   (Dihiris)
  • 1 batang timun   (Dihiris)
  • 1 kuntum bunga kantan   (Dihiris)
  • 1 sudu makan sos ikan 
  • 2 sudu makan jus limau

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Pukul telur bersama sedikit garam. 
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali leper dan dadarkan telur tadi. 
  3. Gulungkan dan hiris nipis. 
  4. Masukkan bahan hiris ke dalam mangkuk besar. 
  5. Masukkan telur, sos ikan, jus limau, dan garam. Gaul rata. Hidangkan.

Leave a comment