Kerabu Bunga Betik

Kategori: Resipi Ringkas, Makanan Sihat
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kerabu Bunga Betik?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 mangkuk bunga betik (Asingkan batangnya) 
  • 2 sudu makan kerisik 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris) 
  • 3 biji limau kesturi (Diambil perahannya) 
  • ½ cawan santan pekat 
  • 1 sudu teh gula 
  • 5 biji cili merah 
  • 4 biji cili api 
  • 1 sudu teh belacan 
  • 3 biji bawang merah 
  • 1 sudu makan udang kering
  • (Cili merah, cili api, belacan, bawang merah, udang kering ditumbuk bersama)
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Asingkan bunga betik daripada tangkainya dan rebuskan dengan garam sehingga mendidih dan lembut. Kemudian tuskan. 
  2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaulkan rata. 
  3. Sedia dihidangkan.

Leave a comment