Kari Udang Meletop

Kategori: Resipi Ringkas, Eksotik
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Mudah,ringkas dan sedap.. Resepi dari encik husband :)


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1. Bahan Kisar :
  • -Bawang besar 2 biji
  • -Bawang putih 3 ulas
  • 2. Minyak Masak
  • 3. Serbuk Kari Ikan 3 Sudu Besar
  • 4. Santan Kotak 100ml
  • 5. Daun Kari 1 Tangkai
  • 6. Gula dan Garam Secukup Rasa
  • 7. Udang 500gm
  • 8. Cili Giling 3 Sudu Besar
  • 9. Air Tambah Ikut Suka

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bahan yang dikisar digaul bersama serbuk kari ikan..gaul hingga sebati. (dijadikan pes)
  2. Panaskan minyak dan masuk kan daun kari..apabila daun kari sedikit layu,masukkan pes dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili giling,sedikit gula dan garam sesedap rasa dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan dan kacau perlahan lahan sehingga pecah minyak..kemudian tambah air ikut suka.
  5. Setelah mendidih,masukkan udang dan gaul bersama sehingga udang masak..Elakkan udang dimasak terlalu lama.
  6. Udang kari meletop sedia dihidang..Selamat Mencuba!!

Leave a comment