Ikan Kukus Ala Thai

Kategori: Nusantara, Masakan Thai
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Ikan Kukus Ala Thai?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan siakap  (dibersih dan dikelar rapat) 
  • Garam secukup rasa 
  • 2 batang serai (dihiris nipis) 
  • 1 biji cili hijau (Dihiris)          
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)  
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)  
  • 2 biji tomato (Dihiris)      
  • 5 biji cili api (diketuk) 
  • 2 sudu jus limau nipis  
  • 1 sudu makan sos ikan (Dibancuh bersama jus limau nipis)
  • 1 pokok daun ketumbar 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Sapukan garam pada keseluruhan ikan. 
  2. Taburkan separuh daripada serai, bahan yang dihiris, dan cili api di dalam pinggan tahan panas. 
  3. Letakkan ikan di atas bahan tadi dan taburkan lagi baki bahan. 
  4. Masukkan pinggan ke dalam pengukus. Kukuskan selama 20 minit dengan api sederhana.
  5. Buka kukusan dan tuangkan bancuhan jus limau nipis dan sos ikan. Kukus lagi selama 5 minit. 
  6. Padamkan api dan taburkan hirisan daun ketumbar. Hidangkan. 

Leave a comment