Haruan Kukus Serai

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Haruan Kukus Serai?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan haruan (Dibersihkan dan dikelar rapat) 
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 5 biji cili api (Dihiris)
  • 3 batang serai (Diketuk) 
  • 1 cawan air 
  • 1 pokok daun ketumbar (Diracik) 
  • 3 biji limau kesturi (Diambil perahannya) 
  • Garam secukup rasa 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Sapukan garam pada seluruh ikan. 
  2. Masukkan semua bahan yang dihiris, serai, ikan haruan, air, dan garam ke dalam kuali. 
  3. Masak ikan dengan api yang kuat selama 8 hingga 10 minit. 
  4. Angkat dan letakkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan daun ketumbar yang diracik dan perahan limau. 
  5. Sedia dihidangkan dengan sambal belacan ataupun air asam.

Leave a comment