Gulai Keledek Tumis Darat

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Gulai Keledek Tumis Darat?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 3 biji ubi keledek (Dipotong kecil) 
  • 4 keping ikan talang masin 
  • 3 sudu besar rempah kari ikan 
  • 3 cawan santan 
  • ¼ biji nanas (Dipotong kecil) 
  • ½ batang lobak merah (Dipotong kecil) 
  • 3 batang kacang panjang (Dipotong pendek) 
  • Garam secukup rasa (Sekiranya perlu)
Bahan B (Tumisan)
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • 3 tangkai daun kari 
  • 5 biji bawang merah (Dihiris) 
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris) 
  • 1 sudu kecil halba campur (Halba tumis)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh ubi keledek dan tuskan airnya. 
  2. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih dan keledek empuk. 
  3. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan B sehingga wangi. 
  4. Tuangkan tumisan ke dalam periuk gulai ikan tadi. 
  5. Tutupkan dengan tudung periuk dan biarkan sebentar. 
  6. Kacau gulai perlahan-lahan dan sedia dihidangkan.

Leave a comment