Goreng Kicap Ikan Bilis Berkentang

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Biasa buat bila dh jemu mkn lauk harian. Mudah, simple & membuka selera... Sedap dimakan dengan nasi panas @ ratah gitu je


Bahan-bahan diperlukan:

  • Segenggam ikan bilis
  • Sebiji kentang besar - buang kulit & hiris sedang2
  • Cili padi secukup pedas - hiris
  • Sedikit kicap masin / manis
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sebiji bawang besar - mayang

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Goreng ikan bilis dan ubi kentang berasingan (masak / garing)
  2. Menggunakan minyak yang sama, kurangkan sedikit dan tumis bawang besar dan cili padi
  3. Bila dah layu dan wangi, masukkan ikan bilis dan ubi kentang yang telah digoreng tadi
  4. Goreng seketika dan masukkan kicap masin / manis secukupnya... Jangan le banyak...masin kang
  5. Biarkan mesra seketika. Siap...

Leave a comment