Getuk Ubi Kayu

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Getuk Ubi Kayu?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 kg ubi kayu (Dikupas kulit dan dipotong kecil) 
  • 4 sudu makan gula 
  • 1 cawan kelapa parut (Diambil putih sahaja) 
  • ½ sudu teh garam 
  • Minyak masak secukupnya
Bahan B
  • 1 cawan tepung beras 
  • 1 sudu makan tepung gandum 
  • ½ cawan air 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus ubi kayu. Kemudian tus dan tumbukkan sehingga hancur. 
  2. Gaulkan ubi kayu dengan gula, kelapa, dan garam sehingga sebati. 
  3. Bentukkan seperti bebola kecil. 
  4. Bancuhkan semua bahan B dan celupkan bebola ubi. 
  5. Goreng menggunakan minyak yang panas sehingga berwarna keperangan. 
  6. Angkat dan tuskan minyak. 
  7. Sedia dihidangkan.

Leave a comment