Dalca Telur

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Dalca Telur?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 cawan kacang dal  (Direndam beberapa jam) 
  • 6 biji telur 
  • 1 sudu makan serbuk rempah kari 
  • 3 cawan santan 
  • 3 biji kentang (Sekiranya suka) 
  • 2 biji terung (Dipotong kecil) 
  • 5 kacang panjang  (Dipotong pendek) 
  • 4 biji cili merah (Dihiris) 
  • 3 cawan air 
  • Garam secukup rasa  
Bahan B (Tumisan)
  • 3 biji bawang merah (Dihiris halus)
  • 1 ulas bawang putih (Dihiris halus)
  • 1½ inci halia (Dihiris halus)
  • 1 tangkai daun kari (Diambil daun) 
  • 3 tangkai cili kering 
  • 1 sudu makan halba campuran 
  • 3 sudu makan minyak masak

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan kacang dal, serbuk rempah kari, air, dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. 
  2. Pecahkan telur satu per satu dan biarkan sehingga mendidih dan masak. 
  3. Masukkan santan, sayur-sayuran, dan cili merah. Masakkan sehingga sayur-sayuran lembut. 
  4. Sementara menunggu sayursayuran lembut, panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan tumis sehingga warna kekuningan. 
  5. Curahkan semua bahan tumisan ke dalam periuk telur tadi. Kemudian tutupkan api.

Leave a comment