Daging Masak Kicap

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Resepi simple, tapi details...


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1/2 Kg Daging -Daging dihiris nipis dan digaul dengan hirisan halia (1 cm) dan serbuk kunyit (1 Sudu Besar)
  • 1 Biji Bawang Besar-Dihiris
  • 2-3 Ulas Bawang Putih-Dihiris (saya suka letak lebih)
  • 1 Biji Cili Merah-Dibelah 2
  • 2 Biji Cili Hijau-Dibelah 2
  • 3 Sudu Besar Sos Tiram
  • 2 Sudu Besar Sos Tomato
  • 1 Sudu Besar Sos Cili
  • Kicap secukup rasa (Selalu guna Kicap Tamin)-Dalam Secawan
  • 1 inci Halia-Dihiris
  • Sedikit Air
  • Garam dan Gula
  • 1 Keping Asam Keping
  • 2-3 Sudu Besar Minyak untuk menumis
  • 1 Batang Kayu manis
  • Tambahan:
  • Goreng Ubi kentang yang dipotong sederhana sehingga setengah masak

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak, masukkan kayu manis,hirisan halia dan hirisan daging.
  2. Kacau dan biarkan daging menjadi kering, kalau kurang empuk tambah air (paras daging biar tenggelam).
  3. Tunggu lagi sehingga daging kering dan naik minyak
    Open uri20151010 29872 m2j1w3
  4. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Kacau rata hingga naik bau. Masukkan Sos Tiram, Sos Tomato, Sos Cili dan Kicap. Kacau lagi.. Masukkan Gula (1 Sudu Besar) dan Garam (1/2 sudu kecik). Kacau lagi.
  5. Masukkan Air ikut kehendak (untuk kuah). Biarkan mengelegak.
  6. Masukkan Asam keping dan Ubi Kentang yang sudah digoreng tadi...Tunggu sehingga kuah pekat dan hidangkan.

Leave a comment