Daging Masak Arab

Kategori: Nusantara, Masakan Arab
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 8 Orang

Bagaimana cara nak masak Daging Masak Arab?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 kg daging lembu 
  • 5 biji tomato                
  • 8 biji bawang merah  
  • 2 inci halia   
  • ( Tomato, bawang merah dan halia dikisar bersama)        
  • 2 sudu makan bijan (ditumbuk halus) 
  • 2 sudu makan serbuk kurma  
  • 5 sudu makan minyak sapi 
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris)
  • ½  cawan susu cair 
  • 1 cawan sos tomato 
  • 1 cawan air 
  • Garam secukup rasa 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Daging dipotong nipis dan kecil. 
  2. Perap daging bersama bahan kisar, bijan, dan serbuk kurma selama 1 jam. 
  3. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumis bahan hiris sehingga wangi. 
  4. Masukkan daging yang diperap tadi dan kacau rata. Masukkan susu cair, sos tomato, air, dan garam. 
  5. Masak sehingga mendidih dan pekat sambil mengacau masakan. 

Leave a comment