Daging Lada Hitam

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Daging Lada Hitam?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 500 g daging lembu 
  • 5 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 2 sudu makan tepung jagung 
  • 1 cawan air 
    (Tepung jagung dibancuh bersama dengan air)
  • 2 sudu makan kicap pekat 
  • 2 sudu makan lada hitam (Ditumbuk) 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
Bahan B
  • 2 tangkai daun sup (Dihiris)
  • 2 tangkai daun bawang   (Dihiris)
  • 2 biji cili merah   (Dihiris)
  • 2 biji cili hijau   (Dihiris)
  • 1 biji tomato (Dibelah 6)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan daging kemudian tuskan. Potong daging kecil dan 
    nipis. 
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga 
    wangi dan layu. 
  3. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut. 
  4. Masukkan air bancuhan tepung jagung, kicap pekat dan lada 
    hitam. Kacau rata. 
  5. Masukkan pula daun bawang, daun sup, tomato, cili hijau dan 
    cili merah. Kacau rata . 
  6. Angkat dan hidangkan.

Leave a comment