Cucur Bilis

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Cucur Bilis?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 cawan tepung gandum (Diayak) 
  • 2 cawan air panas  
  • ½ cawan daun kucai (Dipotong pendek) 
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 biji cili merah 
  • ½ cawan ikan bilis
  • (Bawang besar, cili merah dan ikan bilis dikisar kasar)
  • 1  biji telur 
  • ½ sudu teh garam 
  • Minyak bagi menggoreng

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaulkan semua bahan kecuali minyak supaya sebati.
  2. Biarkan selama ½ jam. 
  3. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam kuali. Gorengkan sehingga kuning keemasan. 
  4. Hidangkan bersama sos cili ataupun kuah kacang. 

Leave a comment