Coselaw Ayam

Kategori: Barat
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Coselaw Ayam?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 keping dada ayam (dibuang kulit) 
  • 2 sudu makan sos BBQ 
  • 1 inci halia (dicencang halus) 
  • 1 cawan mayones 
  • 1 sudu makan minyak jagung 
  • 2 sudu makan sos cili 
  • 2 sudu makan bijan (digoreng tanpa minyak) 
  • 1 batang lobak merah (diparut) 
  • 1 batang saderi (Dihiris halus)
  • ¼ biji kubis ungu (Dihiris halus)
  • ¼ biji kubis manis (Dihiris halus)
  • 2 pokok daun bawang (Dihiris halus)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaulkan ayam dengan sos BBQ dan bakar di dalam kuali non-stick selama 15 minit sambil terbalikkan ayam. Hiris nipis dan masukkan ke dalam mangkuk besar. 
  2. Gaulkan halia, mayones, minyak jagung, sos cili, dan separuh bijan ke dalam mangkuk kecil. 
  3. Masukkan lobak merah, semua bahan hiris, dan bahan gaul ke dalam mangkuk berisi dada ayam. Gaul perlahan-lahan. 
  4. Taburkan dengan separuh bijan lagi. Hidangkan.

Leave a comment