Cekodok Ubi Kayu Ranggup

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Cekodok Ubi Kayu Ranggup?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ketul ubi kayu (Dipotong kecil) 
  • ½ sudu teh jintan manis 
  • ½ sudu teh jintan putih 
  • 2 sudu makan udang kering (Ditumbuk) 
  • 2 tangkai cili kering (Dihiris nipis) 
  • 1 labu bawang besar (Dipotong dadu kecil) 
  • 2 tangkai daun kari (Dihiris) 
  • ½ sudu teh serbuk kunyit 
  • Garam secukup rasa 
  • Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh ubi kayu dan tuskan airnya. 
  2. Masukkan ubi kayu ke dalam pengisar dan kisar kasar. Kemudian tapiskan airnya. 
  3. Gaulkan ubi kayu di dalam mangkuk besar bersama jintan manis, jintan putih, udang kering, cili kering, bawang besar, daun kari, serbuk kunyit, dan garam. 
  4. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan sudukan adunan ke dalam minyak yang sudah panas. 
  5. Gorengkan sehingga garing dan berwarna keemasan. 
  6. Angkat dan tuskan minyak. Sedia dihidangkan

Leave a comment