Bubur Oat Tomyam

Kategori: Resipi Ringkas, Makanan Sihat
Masa Penyediaan: 0 Jam 15 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Bubur Oat Tomyam?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 cawan oat 
  • 2 cawan air 
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Kuah Tomyam)
  • 150 gram isi ayam (Dipotong dadu kecil) 
  • 1 sudu makan pes tomyam 
  • 2 cawan air 
  • 1 batang serai (Diketuk) 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris kasar) 
  • 1 pokok daun ketumbar (Diracik)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Oat dan air dimasakkan sehingga kembang. 
  2. Masukkan bahan B kecuali daun ketumbar ke dalam periuk lain kemudian rebuskan sehingga mendidih. 
  3. Tuangkan kuah tomyam ke dalam periuk berisi oat dan kacau rata. 
  4. Taburkan daun ketumbar dan sedia untuk dihidangkan.

Leave a comment