Bubur Oat Ayam

Kategori: Resipi Ringkas, Makanan Sihat
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Bubur Oat Ayam?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 cawan oat segera 
  • 3 cawan air 
  • 2 ulas bawang putih (Dicencang)
  • 3 biji bawang merah (Dicencang)
  • 1 keping isi ayam (Dipotong dadu kecil)
  • ½ batang lobak merah (Dipotong dadu kecil)
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • Sedikit garam
Bahan B (Hiasan)
  • 2 sudu makan bawang goreng 
  • 1 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 pokok daun bawang (Dihiris)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. 
  2.  Masukkan oat dan sedikit garam. Kacau sehingga sebati. 
  3. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. 
  4.  Masukkan ayam, lobak merah dan garam. Kacau rata. 
  5. Tuangkan ke dalam periuk berisi oat dan kacau rata. 
  6.  Masukkan ke dalam mangkuk dan taburkan bahan B. 
  7. Sedia dihidangkan.

Leave a comment