Bubur Nasi Pedas

Kategori: Resipi Ringkas, Makanan Sihat
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Bubur Nasi Pedas?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 cawan beras [Direndam 1 jam dan tuskan] 
  • 4 cawan air 
  • 1 cawan ikan bilis 
  • 20 tangkai cili api 
  • 5 tangkai cili merah 
  • 3 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
    (Cili api, cili merah, bawang merah & bawang putih dikisar bersama)
  • 1 keping asam gelugur 
  • 1 sudu teh gula 
  • 1 cawan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Sup)
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (Dihiris)
  • ½ batang lobak merah (Dihiris)
  • 1 biji kentang (Dipotong kecil) 
  • 2 cawan air 
  • 1 pokok daun sup (Diracik)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Beras, air dan garam dimasakkan sehingga lembut dan kembang. 
  2. Panaskan minyak masak dan gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat dan tuskan minyak. 
  3. Gunakan minyak baki goreng ikan bilis, tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan dan naik minyak. 
  4. Masukkan asam gelugur, gula dan garam. Kacau sehingga naik minyak lagi. 
  5. Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata lagi. Ketepikan. 
  6. Bagi membuat sup, panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga layu. 
  7. Masukkan air, kentang, lobak merah dan garam. Masakkan sehingga mendidih dan lembut. 
  8. Tutup api dan taburkan daun sup. 
  9. Hidangkan nasi bersama sup dan sambal ikan bili

Leave a comment